Maka saya pun carilah resepi di blog orang lain...kalaulah owner blog ni dapat baca, mesti dia gembira sebab ilmu dia ade yang amalkan...Terima kasih,, halalkan ye!
Hari ni aku dah masuk 38 hari berpantang.....anak ke 4...bungsu!! Kene set kat minda, bungsu...kalau tak lock minda...nanti dua tahun lagi ade laaa yang termuntah lagi nih!! Huhu! Nak rehat....
Assalamualaikum...selamat pagi Jumaat yang berbarakah dan mulia..
Sedang saya masak bubur untuk sarapan hari ini, terlintas di minda ingin tahu masak nasi Arab cemana... sebab maa mengandungkanWafiy ni....benda lain xleh mamam...mamam nasi Arab je bila dah minggu2 akhir kehamilan. Mungkin juga sebab tu Wafiy berambut lebat...pas tu kan...suka tengok...
inilah resepinyeee...
NASI ARAB resipi : K.Hanieliza
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air ~ k.nor guna air rebusan daging
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor skip sbb tak ada stok kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam
Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/07/nasi-arab.html#ixzz274SnLfzL
Bila dah ade Nasi arab...mesti ade kuih dia kan..hahah..Biskut suji Arab...ini pun anak2 ngan babah dia suka...mama pooon suka..hahah..gemok dik noon kalau hari2 mamam ni..minyak sapi tuu..
Ini resepi pon saya rembat dari blog orang..hehe..
Resepi Biskut suji Arab
2 cawan tepung gandum ( saya guna tepung jenis halus)
1 cawan gula halus
1 cawan minyak ghee@ sapi
Cara penyediaan
1. Satukan tepung dan gula.
2. Kemudian masukkan minyak ghee sedikit2 sehingga adunan boleh di uli atau dibentuk.
3. Bentukkan bulat dan susun dalam tray pembakar.
4. Jika suka boleh hiaskan dengan ceri merah di tengah2nya.
5. Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 170 darjah C.
Ini rupa biskutnya.

Lagi beberapa hari lagi saya nak abis pantang..semua resepi dah ade...nak sambut raya..raya ape? Raya orang lepas pantang...weeehaaa!!! Alhamdulillah!!!
No comments:
Post a Comment