11.14.2012

SELENIUM DALAM VITA-E COMPLEX..APA FUNGSINYA?


APA ITU SELENIUM? 
MENGAPA SELENIUM ADA DI DALAM VITAMIN E?


Selenium dalam bahasa latin nya adalah Saa-lee-nee-am adalah unsur kimia dengan nombor 34 dan mempunyai symbol [Se]. Selenium merupakan mineral yang penting untuk kesihatan yang baik tetapi hanya diperlukan dalam jumlah kecil.

...........

Selenium yang lazim disebut [Se] adalam mineral yang termasuk dalam kelompok zat gizi mikro, ertinya adalah jumlah yang diperlukan oleh tubuh kita sangatlah sedikit, tetapi mempunyai peranan besar dalam sistem biologi tubuh kita. Namun meskipun di konsumsi dalam jumlah kecil, selenium dapat memberikan jutaan manfaat.

...........

Bila di konsumsi dengan vitamin E, selenium boleh menghasilkan kesan sinergis sebagai antioksidan yang fungsinya adalam untuk melambatkan pengoksidaan asid lemak tak tepu sehingga dapat membendung bahaya radikal bebas (terutama yang disebabkan oleh sinar matahari dan asap rokok).

..............

Radikal bebas adalah merupakan gugusan atom apa saja yang mempunyai satu atau lebih elektron tak berpasangan. Kerana jumlahnya ganjil, maka tidak semua elektron dapat berpasangan sehingga besifat sangat reaktif. Jika jumlahnya sedikit, radikal bebas boleh dineutralkan dengan sistem enzimatik tubuh. Selain itu radikal bebas merupakan agen pengoksidasikuat yang boleh merosakkan system kekebalan tubuh akibat kerosakan sel.

...............

Selenium juga diperlukan untuk proses pembiakan, menjaga kesihatan otak, memelihara kekebalan tubuh dan fungsi kelenjar tiroid dan memperbaiki mood. Lalu apa hubungannya antara mineral mikro tersebut dengan mood kita? ". Seperti yang telah diketahui bahawa yang namanya "mood" diatur oleh otak, di mana hormon dan zat besi berperanan dalam katifitasnya. Dan selenium adalah salah satu mineral yang berperanan menetapkan keadaan otak. Hal tersebut dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan oleh Wayne Chris Hawkesa dalam sebuah laporannya yang di publish pada bulan Januari 1996, di mana dalam laporan kajian tersebut menunjukkan bahawa kekurangan selenium dapat mengaibatkan munculnya perilaku "bĂȘte". Kemudian kajian kedua dilakukan pada tahun 1998, kajian saat itu di lakukan terhadap dua kelompok orang dengan lamanya waktu adalah 15 minggu. Kelompok pertama diberi diet kaya selenium manakala kumpulan kedua diberi diet rendah selenium.

....................

Pada akhir percubaan kelihatan bahawa orang-orang di kelompok pertama menunjukkan mood yang baik. Di mana mereka lebih ceria, fikiran lebih cemerlang, mudah menerima, lebih percaya diri dan lebih bersemangat. Sebaliknya, orang-orang yang ada di kelompok kedua menunjukkan perilaku kemurungan, uring-uringan, lebih suka marah, fikiran bingung, tidak bergairah dan bahkan orang yang kandungan seleniumnya paling rendah dalam darah menunjukkan mood yang paling buruk di antara sampel yang lain, hingga membawa kepada peringkat kemurungan. Hal ersebut jelas membuktikan bahawa selenium mempunyai perana yang penting dalam menentukan keadaan "mood" kita.

.......................

Ternyata tak hanya itu saja kehebatan selenium, seorang penyelidik bernama Margaret Karagas dari Cancer Preventation Research yang pernah dimuat dalam jurnal American Assosoation for Cancer Research (2008) menunjukkan bahawa selenium juga boleh mencegah penyakit jantung dan kanser (terutama kinder kulit dan kanser pundi kencing)

....................

Selain itu selenium hebatnya selenium juga terbukti mampu mencegah penuaan dini, iaitu proses kerosakan sel tubuh sebelum waktunya. Bersama vitamin E, selenium dapat mempertahankan elastisitas rangkaian yang penting untuk mencegah penuaan awal, di mana proses penuaan sering menjadi problem bagi hampir sebagian kaum wanita.

...................

Permasalahannya adalah selenium tidak di produksi sendiri oleh tubuh, melainkan harus diperolehi dari penggunaan sehari-hari. Idealnya keperluan selenium satu hari berkisar 60 mcg pada orang dewasa. Mcg adalah (micro gram), 1 mcg sama dengan seper seribu mg. Usia dewasa disini maksudnya adalah usia antara 25-50 tahun. Keperluan tersebut akan meningkat bagi seorang ibu apabila masa menyusui, pada saat itu seorang ibu memerlukan pengambilan selenium hingga 70 mcg satu hari.

....................

Persoalannya adalah:
1. Bahan makanan apa saja yang memiliki kaya akan selenium?

Makanan sumber selenium biasanya adalah bahan makanan yang tinggi kadar proteinnya seperti telur, ikan laut (terutama ikan tuna), kerang, dan daging. Sementara bahan makanan nabati boleh di perolehi dari bawang putih, brokoli, bunga kol, almond, hazelnut, bijirin, jagung, tomato serta makanan fermentasi seperti tempe, tahu dan yoghurt.
...............................................................
2. Bagaimana kita boleh mendapatkan selenium dalam pengambilan makanan sehari-hari?
Sebenarnya tidak sukar kerana hampir semua keperluan selenium telah ada. Namun kadang di antara kita tidak atau kurang menyukai dengan makanan sumber selenium yang telah disebutkan tadi. Jika hal itu terjadi, maka kita boleh mengambil nutrsisi yang mempunyai kandungan vitamin E.
.................................

Walaupun selenium mempunyai kaya manfaat bagi tubuh dalam kehidupan kita, namun demikian juga tidak boleh di konsumsi secara berlebihan (overdosis), kerana terlalu berlebihan pengambilan selenium juga ada kesan (kesan sampingan). Mengambil selenium berlebihan boleh mengakibatkan "selenosis". Selenosis adalah gejala yang terjadi kerana kelebihan selenium, di mana gejala yang muncul adalah keguguran rambut yang disebabkan oleh kelainan struktur protein dalam keratin (bahan penyusun rambut). Selain itu juga boleh menyebabkan mual, muntah, lemas, juga kesemutan.

...................
Untuk mengelakkan kesan sampingan tersebut, maka semua perlu keseimbangan. Tidak boleh lebih dan jangan sampai kurang, kira-kira begitulah kalimat bijaknya. Kerana sesuatu yang lebih juga tidak baik, begitu juga sesuatu yang kurang pasti akan kurang baik. Seperti yang tertulis di dalam Firman Allah SWT, "Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan" (QS Al-A'raf: 31).
....................
Dalam hidup perlu keseimbangan (Balance) agar semua berjalan mengikut alurnya. Dengan membiasakan diri mengambil makanan yang seimbang maka hidup akan berkualiti, hidup yang berkualiti bermula dari tubuh yang sihat serta suasan hati yang gembira. Mulakan pengambilan makanan secara bijaksana .. Bila ...? Mulakan dari sekarang!

SUMBER:
http://kesehatan.kompasiana.com/makanan/2012/04/22/selenium-mineral-kecil-jutaan-manfaat-bagi-tubuh-manusia-456676.html

MULAKAN VITAMIN E ANDA SEKARANG DENGAN VITA-E COMPLEX KELUARAN SHAKLEE.


HARGA RUNCIT: RM149.00
Dapatkan harga istimewa anda dengan melawat laman fb Taswa Online Biz atau Rashidah Ahmad.


Dalam hidup yang aman dan damai...

Mengapa perlu berlumba mencari harta dunia..bukankah semua itu sudah ditentukan Allah..jalanilah kehidupan dengan penuh kesyukuran..Alhamdulillah.