12.25.2012

Berpantang Cara Tradisional vs Moden

Assalamualaikum.....selamat pagi...

Hari ini saya suka nak ceritakan betapa pentingnya tradisional disamping moden dalam hidup seseorang..barulah kita ni betul-betul canggih kan...tak ada tradisional..tak adalah moden..

Shaklee sangat selamat digunakan..walaupun anda mengamalkan jamu sewaktu berpantang...saya gunakan Nona Roguy, Set Bersalin Herbanika....sebab saya amalkan sejak kelahiran anak ketiga dan saya serasi untuk atasi sembelit. Saya juga mengambil vitamin Shaklee pada waktu yang sama..untuk kalsium saya ambil OsteMatrix Shaklee...untuk luka dalaman... kombinasi vitamin C dan jamu dari Nona Roguy...untuk tenaga dan tambah darah saya gunakan Vita-Lea Iron Formular dan jamu dari Nona Roguy...

Apa yang ada dalam Nona Roguy Set Bersalin Herbanika?

Set Herbanika Bersalin NR (Nona Roguy)
Mengandungi



    * PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
    * Akar Herbanika - dalam bentuk paket  dan perlu dicampur air untuk diminum
    * Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan  badan
    * Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang 
    * Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
    * Herbanika Lulur -  untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit


Gambar ini saya ambil dari laman google..saya punya dah habis..tinggal AkarHerbanika saja yang masih diamalkan.

Kesemuanya saya gunakan..lulur setiap hari walau ianya dicadangkan hanya seminggu sekali...tapi saya memang berkulit sawa matang dan kuning langsat..jadi saya tak boleh putih macam orang lain yang memang Allah jadikan berkulit cerah. Saya rasa sangat fresh...disamping mengambil supliment Shaklee ini..

Saya mula ambil alfalfa Shaklee hari ke 21 berpantang selepas Phytonatal habis...vitamin yang lain saya ambil selang 2 jam selepas ambil Phytonatal.

Sekarang ni yang tinggal cuma ini sahaja. Ada beberapa supliment yang saya perlu tambah lagi sebab sudah nak habis.

Minyak Herbanika saya bagi pada biras saya yang sedang berpantang sekarang
ni...


















MACAM MANA NAK MAKAN JAMU DAN VITAMIN DALAM PANTANG?

Saya amalkan Set Bersalin Herbanika dari Nona Roguy sebab saya tak perlu berpantang yang sangat ketat macam anak sulung...dengan herbanika..badan saya sentiasa hangat..orang berpantang selepas bersalin..bila berpeluh..memang sihat untuk pembuangan toksin dan lebihan air dalam badan...tapi kalau rasa sejuk semacam..itu tandanya dia tidak sihat dan kekurangan darah merah...jadi untuk atasi semua ini..kombinasi jamu dan vitamin menjadi amalan saya...sekiranya saya ambil jamu...untuk ambil vitamin saya akan awalkan 2 jam sebelum makan jamu... 

JADUAL PEMAKANAN JAMU DAN VITAMIN SAYA

Pada waktu pagi..selepas sarapan...jam 8.00 pagi saya akan ambil vitamin ... Vita-Lea dan B-Complex dan Vitamin C Shaklee...jam 10.30 pagi, saya minum pagi dengan biskut dan ESP 1 skop+Alfalfa 3 biji...dan makan jamu Phytonatal+AkarHerbanika selepas makan nasi waktu tengahari jam 12.30 tengahari..selepas menyusukan anak saya akan ambil ESP 1 skop+Alfalfa 3 biji sekali lagi pada jam 5.00 petang..Menjelang malam...selepas makan malam dalam jam 7.30 petang saya akan ambil Phytonatal+AkarHerbanika sekali lagi...dan sebelum tidur saya ambil vitamin lain pula iaitu OsteMatrix, Vita-E Complex, Lecithin 6 biji .

PAM SUSU UNTUK SUSU LEBIH BANYAK DALAM WAKTU BERPANTANG

Ketika dalam tempoh berpantang, saya minum ESP + Alfalfa dari Shaklee dan Akar Herbanika dari Nona Roguy...yang penting kene ingat jangan diambil dalam tempoh yang sama..mesti selang 2 jam atau lebih...jadi bayangkan..semasa berpantang saya memang minum dan makan. Saya tidak berpantang seperti zaman dahulu kala...hasilnya juga tatap sama dan yang penting...apa komen suami saya!

Semua ini menghasilkan susu yang banyak. Disamping itu juga anda perlu selalu pam ketika dalam pantang lagi. Boleh start selepas 2 minggu berpantang untuk buat stok EBM..manakala ibu yang ada nak jaundice..WAJIB pam hari-hari dan berikan bayi anda susu sekerapnya. Bila susu dimasukkan ke dalam botol..atau anda pam..kuantiti susu yang diminum dapat dilihat dan boleh tahu berapa oz bayi anda telah minum susu. Susu ibu sangat bernilai dan bayi yang jaundice sangat memerlukan cecair dan cecair yang terbaik adalah susu ibu.

KOLAGEN SELEPAS BERPANTANG DAN SEDANG MENYUSUKAN 

Baru-baru ni..dalam seminggu saya sudah mula mengambil Collagen Powder dari Shaklee...susu badan juga masih banyak...

Alhamdulillah sakit di bahgian tulang punggung...sudah beransur hilang. Collagen Powder ini mengembalikan kolagen dalam badan termasuk untuk kesihatan sendi-sendi kita. Penyakit yang biasa dialami wanita adalah sakit tulang punggung dan sakit lutut...sakit sendilah senang kata...dan gemuk..bila metabolisma badan semakin menurun...start umur 35..metabolisma badan kita semakin rendah dan lemah...berat badan mula meningkat...jadi..sebelum 35 tahun..saya sudah bersedia untuk jadi sihat pada umur 35 tahun keatas...dengan izin Allah juga...dan mungkin...akan...menambah ahli keluarga baru setelah saya benar-benar sihat...sebelum 35 tahun! Jangan terkejut ye kalau saya mengandung lagi untuk kali kelima dan keenam!!!


BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SUPLIMENT SHAKLEE ATAU SET BERPANTANG DARI SHAKLEE MAHUPUN DARI NONA ROGUY? BOLEH PM SAYA DI :

FB Set Berpantang dan Set Penyusuan: Villa Cinta Villa Vitamin
FB PRODUK SHAKLEE: Taswa Online Biz



Dalam hidup yang aman dan damai...

Mengapa perlu berlumba mencari harta dunia..bukankah semua itu sudah ditentukan Allah..jalanilah kehidupan dengan penuh kesyukuran..Alhamdulillah.