9.18.2012

GEMUK @ BERAT ??!! 80kg!!

Beratnyeeee....

Assalamualaikum...

Hari ni, saya nak cerita pasal kenaikan berat badan sepanjang bergelar "MAMA" dalam lingkungan usia perkahwinan 8 tahun.


Kita mula dari satu hari bergelar isteri. Waktu ini, berat saya sudah mencecah 62kg. Setelah berkahwin, dan happy sangat sebab hari2 dapat sentuhan kasih sayang suami...hehe gatal..maka berat saya naik sekilo...62kg----->63kg...wahahaha...

Bila sudah sebulan bergelar isteri, maka saat yang ditunggu sudah tiba...saya nak jadi "MAMA"...Alhamdulillah. So kita tengok berapa kenaikan berat badan bermula hari pertama membuat 'buku merah'.



Taraaa...masa anak pertama, berat mula mengandung adalah 64.4kg...dan diakhir kehamilan berat saya mencecah kepada......75kg. Maknanya 11.4kg telah bertambah sepanjang saya mengandung.




Selepas bersalinkan Tasya, berat kembali kepada 63kg memang ingat sebab masa tu anak sulung memang lauk ikan kering laaa...sup..rebus2..dan sebagainya sebab dijaga rapi oleh mak tersayang. Berat yang telah hilang adalah 12kg. Inilah rupanya...



Selepas 3 bulan bersalin, saya start makan pil perancang...maka inilah jadinyaaaa....

Haha..see...pertambahan mendadak kepada 80kg...20kg naik sepanjang 3 bulan mengambil pil perancang...padah...amek kaww!! Masa ni...mak aiih...sedeeeh...baju sumeee dah tak muat. Letih akak dik nooon!!! Saiz XXXL ko tau!!! Uwaaaaaa....letih berlapar dik noon!!

Kemudian saya mula mengandungkan Adam semasa umur Tasya 1 tahun 8 bulan. Inilah beratnya iaitu 73.7kg...macam mana boleh hilang berat badan sebanyak 7kg tu pun saya tak tahu...agaknya makan hati sebab berpindah ikut suami..anak bungsu..jauh ngan mak abah..rindu..huk huk..


Diakhir kehamilan Adam, berat mencecah kepada 78kg...




Pertambahan berat badan sebanyak 5kg sepanjang kehamilan. Masa ni saya tidak ingat berapa berat badan kurang. Masa ni saya mula berpantang sendiri kerana suami bekerja dan susah nak berulang alik dari Melaka--->Johor. Jadi saya ikut balik ke Melaka. Tapi saya rasa sama saja berat masa anak sulung..mungkin dalam 65kg. Inilah rupanya...dengan suami tercinta.

See...tak jauh beza dengan muka masa anak sulung kan....

Lepas tu saya start belajar KPLI kat MPPMM..Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka...after maried...dah anak dua...dah 3 tahun kawin..baru nak kerja sebab dah dapat anak sepasang...Alhamdulillah.

Selepas habis belajar dan terus bekerja di SK Ayer Keroh, Melaka...saya tak buang masa..terus saja mengandungkan Sara. Berat masa ni ok laa..anak dah 2 kan...tapiii..mencecah 80kg di akhir kehamilan..waaa..tidaaaak!!! Cam berat mamam pil perancang masa anak sulung tu...jadilah Puan Gemuk binti Berat!!!



Start buat 'buku merah' berat hanya 73kg.... diakhir kehamilan mencecah kepada 80.2kg...taraaa...


Waah, lepas bersalin mulalah giat nak kuruskan badan..takmo jadi Puan Tembam binti Debab sangat...hwa..hwa..hwa..dapatlah berat diturunkan kepada 67kg...Alhamdulillah..inilah rupanyaa...cun sikit laaa...waaaaa masuk bakul angkat sendiri.!!!!.sapa nak puji kita kan...kitalah puji diri sendiri sebagai semangat dan hadiah untuk menghargai diri sendiri..betul tak? So..inilah gambarnya..



Ha..ha..lagi cun..kan !!!!..Sara pun comel!! RAHSIANYA...saya susukan Sara sepenuhnya selama 6 bulan dan mengamalkan jamu Nona Roguy sepanjang berpantang. Selepas ini saya akan terus
mengamalkannya. Buang air besar pun lawas, tapi tak cirit berit...nak kurus..nak kurus...takmo jadi Puan Lebar binti Bulat!!!!

Selepas Sara berumur 1 tahun 10 bulan, saya pun mohon izin suami untuk mendapatkan cahayamata seorang lagi. kalau diizinkan Allah juga saya mahukan lelaki. Ini yang terakhir saya kata. tapi suami belum bersedia...saya faham mengapa..sebab belum puas lihat saya cun agaknya...kakakaka..lelaki kaaan...sayang lebih kalau isteri cun di mata dia. Akhirnya dia setuju..tetapi macam beraat je hati dia...

Masa awal membuat 'buku merah', berat saya adelah 76.1kg...berat tuuu...


 Apabila kandungan semakin besar, saya mula terasa sakit2 tulang..krem..sukar berjalan. Saya rasa macam berat badan naik teruk. Tapi sebenarnya sepanjang kehamilan Wafiy, berat badan saya hanya naik 1kg sahaja!!! 77kg...dan kemudian turun semula kepada 76.3kg....



See...berat seminggu sebelum hari kelahiran...Wafiy lahir 15.8.2012.....Setelah sebulan berpantang...maka berat saya menurun kepada 65kg. Belum bersedia nak letak gambar. Letak gambar muka ajelah yek...taraaa...



Apa yang saya tahu dan kenal tentang diri saya adelah..saya mudah naik berat badan!!! Inilah kesimpulannya....

1) saya perlu berfikiran positif untuk sentiasa ceria dan elakkan stress. Ini kerana stress boleh melemahkan metabolisma badan saya yang membantu proses pembakaran lemak.

2) saya perlu jaga corak pemakanan saya dan keluarga untuk kekal sihat. Ini kerana suami berketurunan penyakit kencing manis dan kanser...manakala saya pula berketurunan penyakit kencing manis, kolestrol tinggi dan darah tinggi serta gastrik.

3) saya perlu sihat setiap hari untuk menjadi ibu, isteri dan guru yang cergas.

4) saya akan berusaha untuk menyusukan Wafiy selama 2 tahun...lebih pun tak pe...sebagai ubat penurunan berat badan dan agen pencegah kehamilan pada 6 bulan pertama.

5) saya mahu sihat dan ceria sepanjang masa!!

Purata berat badan saya akan meningkat sebanyak 10kg selepas 6 bulan kelahiran...jadi saya akan cuba untuk mengawal berat badan saya demi kesihatan dan cantik untuk suami serta anak-anak..suka dengar anak cakap..."babah..mama cantik!!" uhuhuhuhu..babah senyum melereeet jeww..... hahaha...dah tutup kilang yek!!!!! Weehaaa!!!

***SEKIAN***

'BUKU MERAH' MILIK SAYA, CATATAN SEORANG IBU


 SHAKLEE SELEPAS TAMAT TEMPOH BERPANTANG 2 BULAN BERSALIN

Sekarang umur Wafiy akan masuk 5 bulan pada 15.1.2013. Makna sudah 4 bulan saya meneruskan supliment Shaklee. Yang pastinya..berat badan saya masih sama. Baju lama boleh pakai lagi..saya tak perlu beli baju yang saiznya lebih besar. Apa yang saya ambil? Mari saya sharekan bersama anda...selepas menghabiskan jamu Nona Roguy ( makan supliment set berpantang Shaklee dan jamu perlukan jarak masa 2 jam) saya teruskan Shaklee. Saya tambahkan supliment untuk menguruskan badan bagi ibu yang menyusukan anak. Apa set tersebut? Apa amalan yang saya lakukan setiap pagi dan petang? Tak lama..satu sesi hanya 20 minit sahaja...nak tahu? Sila klik di sini ye.




No comments:


Dalam hidup yang aman dan damai...

Mengapa perlu berlumba mencari harta dunia..bukankah semua itu sudah ditentukan Allah..jalanilah kehidupan dengan penuh kesyukuran..Alhamdulillah.