9.14.2012

PELABURAN DAN PERCUBAAN PENAMBAHAN ASI

^^ BAHAGIAN SATU ^^


Masa belajar dulu, pernah amalkan Shaklee. Sekarang saya cuba amalkan semula, demi kesihatan dan untuk Wafiy. Cuba nak susukan Wafiy hingga 2 tahun.

WAFIY 20 HARI

Sebelum ini, saya cuma amalkan yang alami sahaja. Inilah hasilnya...15-20 minit aktiviti pam.


Selama 2 mingu iaitu bermula hari ke 14 sehingga hari ini, ade 20 beg susu saya simpan di froozen. Ini hasil seminggu proses pemerahan.
Kemudian saya pindahkan ke dalam bekas kedap udara agar rasa susu tidak berubah, disamping mudah menguruskan penyusunan beg bila sudah banyak beg susu.

 Semasa melahirkan Tasya saya dapat menyusukan dia agak lama.


TASYA 3 BULAN

Semasa melahirkan Adam, Adam suka menyusu badan. Sedang asyik menyusukan Adam, saya diterima masuk ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka untuk KPLI...usaha penyimpanan susu tidak berpanjangan kerana kekurangan peralatan dan ilmu. Tidak ada pam yang cepat iaitu pum elektrik, tidak ade peti ais yang boleh asingkan makanan dan susu..dan tidak ade juga semangat serta ilmu.

ADAM 3 BULAN

Adam sangat tembam semasa menyusu badan. Tapi adam cuma dapat menyusu penuh selama 4 bulan sahaja. Masuk 5 bulan Adam sudah makan puri dan susu formular. Selepas 3 tahun, saya lahirkan Sara.

SARA 1 BULAN

Setelah menamatkan KPLI saya tidak membuang masa. Akhirnya Allah kabulkan doa kami untuk mendapatkan anak perempuan. Saya mula menimba ilmu tentang penyusuan. Sara saya berjaya susukan dengan susu badan saya selama 6 bulan penuh. Saya mula membeli pam elektrik Medela RM600.00..peti ais yang besar...dan segala peralatan untuk menyimpan dan menghasilkan susu. Tapi, oleh kerana saya sudah bekerja, tekanan dan keletihan menghambat diri. Penghasilan susu mula merosot. Akhirnya saya redha dengan memberikan Sara puri dan susu formular. Tapi saya puas hati, kerana Sara berjaya saya susukan sepenuhnya selama 6 bulan. Alhamdulillah.

Kini saya dikurniakan lagi seorang anak. Allah masih lagi perkenankan saya untuk mendapatkan bayi lelaki. Saya akan berusaha untuk menyusukan Wafiy selama 2 tahun sepenuhnya. Sepenuhnya...ya sepenuhnya. Mungkin ini yang bungsu. Jadi saya akan usahakan yang terbaik. Biar lebih, jangan kurang dari adik deradiknya yang lain. Selepas 2 tahun, saya ade misi yang perlu di kejar!!

"YA ALLAH, SEMUA URUSAN AKU SERAHKAN KEPADAMU, TERMASUKLAH URUSAN HATIKU DAN URUSAN PERMATA HATIKU...AMIIN"

 

^^ BAHAGIAN 2 ^^


ASI..1 hari selepas minum ESP SHAKLEE.. 7oz .. Alhamdulillah.


SELEPAS MINUM ESP, SUSUKAN WAFIY DAN PAM = 7 OZ

DALAM HATI...macam mana NAK TINGKATKAN produk susu nie??!! Mengingatkan pengalaman lalu...6 bulan susu dah merudum. Bila menyertai satu kelab penyusuan di fb, saya terbuka hati untuk mencuba produk Shaklee, ESP. Ianya adalah soya yang bercanpur sejenis kanji. Bila dimunum, kita akan terasa tidak terlalu lapar. Susu juga pekat dan banyak. Alhamdulullah..Allah beri petunjuk...siapalah saya untuk diberi ilham dariNya...tapi petunjuk itu datang dalam hati..hati ini telah kuserahkan kepada kekasihku...Rabbul Izzati...dan Dialah yang menggerakkan hati ini.

Satu botol ade 130ml...itu Wafiy belum susu. Satu lagi ade 70ml..itu selepas Wafiy susu. Cuba tengok botol yang dulu ni...sebelum mengambil ESP...


PERAHAN MINGGU KEDUA BERPANTANG...SELALUNYA HANYA 4 oz SAHAJA (140ML)

Kedudukan botol adelah sama. Ini dipam sebelum Wafiy menyusu. Tak berapa banyak, tapi Alhamdulillah berkhasiat. Rezeki baby!

Hati ini kembali tenang...bertemu dengan jalan pemudah. TAPI....saya perlu stabilkan emosi. STRESS menjadikan susu tidak terhasil dengan baik...so..hari-hari kene senyuuum...rehatkan minda...



TEKAD DAN SEMANGAT BERAPI!!!





Selepas mengamalkan ESP...saya yakin..saya tak akan ade masalah lagi..InsyaAllah!!
Setiap jam 2.00 pagi, saya akan terjaga...memang saya selalu berjaga malam...ini waktu istimewa saya..bersendirian..menikmati secawan susu panas...dan menghadap Kekasih sejati...seharian dengan berbagai tugas...amat meletihkan.

Oh, ye! Saya ade terbaca artikel penyusuan dan psikologi...kalau ikutkan psikologi...minda kita waktu ini sangat tenang. Suasana sunyi dan suhu yang dingin menjadikan kita tenang...sebab itu Allah jadikan malam untuk berehat...dan...waktu yang PALING SESUAI untuk bertemu dan manghadapNya...sepertiga malam. Artikel penyusuan juga mengatakan, waktu ini jugalah hasil susu yang dipam akan banyak! (Baca sini ye!)

Pam lepas menyusu pun ok...baca sini tau! Biasanya, Wafiy akan menyusu waktu sepertiga malam ini. Jadi, hari-hari secawan susu panas mama...akan berteman sekarang!

Sekarang, saya mula keluarkan botol susu Sara yang dulu. Saya nak guna untuk simpan susu lagi. Saya juga ade beli botol yang baru. semua saya lakukan untuk anak...niat hati..biarlah semua anak dapat menikmati susu mama. Paling sekejap 6 bulan...tapi kali ini saya mahu 2 tahun. Muktamad!!!


BOTOL NI SEMUA BELI SEBELUM BERSALIN

Botol Pigeon, saya beli di Jaya Jusco. Botol yang Bumble Bee saya beli secara online di

Saya harap, saya akan kuat semangat...inilah cabaran saya 2013 akan datang bila Wafiy sudah 6 bulan pada bulan Februari 2013 nanti. Waktu ini saya sangat sibuk dengan urusan buku teks..

"TELAH AKU BERTEKAD, DAN AKU SERAHKAN SEGALANYA KEPADA ALLAH...DIALAH PERANCANG SEGALANYA!!"


^^BAHAGIAN TIGA^^

CAPAI REKOD SENDIRI PAM SEHINGGA 1 JAM DAPAT 6OZ, SEBELAH KIRI SAHAJA...SEBELAH KANAN..APE CITE?!!

Setelah 40 hari, saya masih lagi pam untuk menghasilkan stok susu. Mana yang saya pam dua minggu selepas bersalin, saya sudah mula menggunakannya untuk Wafiy belajar minum susu perahan di dalam botol. Sudah seminggu Wafiy tidak munum dalam botol. Bila mula bagi...Wafiy mencebik-cebikkan bibirnya. Lidahnya menolah puting botol susu. Matanya memandang sayup kepada saya. Seolah-olah dia sedang bermonolog sendirian "Mama, tak naklah pakai botol...nak yang itu!" Hihi...pandai jek mama ni buat cite ek Wafiy.
Bila dia tidak mahu hisap botol susu tu...aargghh saya mulalah risau. Tapi...sebenarnya Wafiy sudah cerdik! Dia tahu itu bukan mama punya nenen..hihi!!! Saya pujuk dan cakap pelan-pelan..Wafiy hanya pandang tepat ke anak mata saya. Kesiaaan...mama kalah lagi! Tapi Wafiy kene juga minum susu mama dalam botol! Bulan 10 nanti mama naik kerja 2 minggu je. Pastu kita leh ngempeng sama-sama lagi...hihi!

Oh...terlupa pulak pasal gambar kat atas tu. Oleh kerana Cik B sebelah kiri menghasilkan susu yang banyak, saya bertukar kepada botol 8 oz. Ini disebabkan bila saya guna botol 5 oz...saya terpaksa berhenti pam...bila Wafiy nangis..saya bagi Cik B sebelah kiri, masih berdenyut tandanya masih ade banyak susu...eeiishh...banyak mana susu aku ni??!!..

Sementara Wafiy menyusu Cik B kanan, saya pum sebelah kiri. Saya nak tahu berapa banyak susu yang saya mampu hasilkan. Saya mula pam. Bila dengar Wafiy menangis, saya beri susu sebelah kanan dan sambung pam sebelah kiri. Tadi dah pam 15 minit...pam lagi semasa Wafiy menyusu dalam 20 minit...saya dapat 6 oz...uuuh..banyaaak!!! 200ml..sama macam saya minum susu panas satu cawan besar!!

ALHAMDULILLAH!!
SYUKUR, SANGAT BERSYUKUR DENGAN PELUANG YANG ALLAH BERIKAN INI!


SAYA SUDAH MULA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU SARA YANG DULU UNTUK MENYIMPAN SUSU WAFIY PULA
Semakin hari, stok susu semakin banyak. Tapi masih ade ruang yang lompang dan boleh lagi diisi dengan botol susu. Haaaa...legaa..

APA BERLAKU SELEPAS PAM 6 OZ....HIDRAT?!!

Rasa seronok...seronok sangat saya nak bagi tau  ni...bila susu makin banyak seronok dki nooon haaa!! ..Telupa dah sakit dan penat bersalin...Tapi...ade kesannya juga....saya kekurangan air.....saya pelik...kenapa tapak tangan dan tapak kaki saya kesat dan panas semacam...bibir pun mula kering...tekak asyik kering je...2 hari saya risau...kerjanya asyik miiiiinuuum jek...xlalu nak makan...dah kenyang air...xnak makanlah kan. Tido dan bonding dengan Wafiy. Lepas menyusu saya minum lagi. Malam macam biasa saya pam juga. Akhirnya, saya minum air suam sebanyak 200ml selang 2 jam. Barulah terasa ok...rupanya...kene minum air putih atau air masak banyak. Minum milo ke, susu ke, sirap ke, holik ke...tak kan hilang rasa hidrat tu. Badan saya kurang air!!! Waaah...memang kene minum banyak air....buncit??? xde pulak buncit!! Sekarang dah 42 hari berpantang, bengkung still pakai...tapi kene kecikkan sedikit bagi ketat...bengkungnya dah longgar...jadi xselesa bila jalan...ooopss...keluar tajuk lah!

Pam Medela saya perlu dihantar servis...dah pakai banyak kali kot. Mungkin ade bahagian yang dah longgar. Malam tadi, tak sedap je pam sebab macam kurang daya sedutan pam tu. Jadi saya pakai pam yang manual. Rasa nak beli pam baru lah...hehehe...nanti leh sewakan kat kawan-kawan di sekolah. Tahun ni dan tahun depan, ade ramai cikgu dapat baby baru...hihihi...RM5.00 sebulan...ok lah kan!!! Boleh bayar elektrik sekolah yang dah digunakan tu. Hihihi...eeh...elektrik tu hak awam tau!! Kene bayar tau!! Ade dengar Ustaz Azhar Idrus kata susu tu jadi xhalal kalau kita guna elektrik awam tp xbayar..macam cas telefon bimbit kat surau tu..alaaa bayar sikitlaa, macam saguhati gitu kan...berkat sikit.

BAHAGIAN 4

HADIAH UNTUK KEJAYAAN DIRI SENDIRI

COOLER BAG BERPAKEJ RM164.90 AJE...BERBALOI!!

Minggu lepas saya buat pesanan dari internet melalui fb LuvlyMomNKids, oleh kerana ini adelah perniagaan orang Melayu, saya suka membeli di sini. Antara barang yang saya beli juga bersama barang ini adelah bengkung moden berharga RM30 sahaja. Nanti boleh pakai masa pergi kerja untuk jaga pinggang saya yang selalu sakit...mungkin saya dah tidak sesuai memakai sepatu bertumit ramping! Cantik tak beg tu? Lengkap pakej untuk ke tempat kerja...ade ice pack, cooler bag, 6 biji botol simpan susu dan satu beg untuk utuliti yang lain. jenama JINGLE JUNGLE ... sangat selesa dan comel!!!
Anda pernah menghargai diri sendiri? Kita perlu menghargai diri sendiri. Hadiahkan diri sendiri atas apa juga kejayaan yang dikecapi. Itu satu kepuasan!!!

KEJAYAAN SAYA

HASIL STOK SUSU YANG DIBUAT SELAMA 51 HARI

Saya susun susu yang diperah begini. Tapi rasanya perlu kosongkan lagi ruang agar boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Saya pun membuka bekas simpanan air batu. Air batu yang sudah beku saya turunkan ke rest room di bawah. Jadi saya susu begini pula...lihatlah di bawah ini!!!

SUSUNAN GAYA BARU

Tapi saya rasa perlu disusun semulalah...kontena di atas tu saya nak tukarkan ke bawah. Takut patah sebab berat. Apa pandangan awak ye? Perlu tak saya tukarkan ke bawah? Nanti bolehlah komen ye...baca saje tak komen...komenlah sikit...sikiit je...

Semua ni terhasil atas usaha saya yang tidak pernah rasa penat. Saya mengambil makanan tambahan dari jenama SHAKLEE...ESP dan ALFAFA...nak cuba? Boleh jeee...sms di 017-6912280 atau PM di facebook saya RASHIDAH AHMAD atau email saja ke villacinta@gmail.com. Saya sedia membantu awak...dulu pun saya macam awak...susu sikit..tapi sekarang..tidak lagi!





^^BAHAGIAN 5^^

2 BULAN MENUAI HASIL

Setelah mencuba Set Asas Penyusuan yang di beli dari Ummu Ziyad, saya dapat menyimpan stok EBM saya. Inilah semampunya dengan 3 kali perahan setiap hari...pernah saya skip..dan saya demam! Cik B bengkak..panas..tuam dengan air batu! Baru lega..lepas tu pam dan banyak susu keluar. Barulah lega...itulah akibatnya jika skip mengepam susu! Xmo buat lagi dah...

Bila dah terasa keistimewaan ESP tu, saya terpanggil untuk menjadi ahli Shaklee. Memberi peluang kepada anda di luar sana merasai apa yang saya rasa..
*kulit anjal
*parut pudar
*susu pekat baby tak ragam malam-malam (anak saya semua xragam malam..baik je hihi)
*dapat kawal berat badan..mesti ade baca entry saya GEMOK @ BERAT? kan...sekarang saya dah susut sikit 63kg. 
*saya ada gastrik...gastrik pun dah hilang, sebab pagi saya ambil 1 sudu ESP dalam pukul 6.00 pagi sebab waktu ini memang paling kemuncak..urus anak..diri sendiri..nanti dah naik kerja lagiii laaa..
*menjadi sumber tenaga segera

SEGALANYA BERMULA DI SINI!

"TERIMA KASIH YA ALLAH, MENJADIKAN HAMBAMU INI SEMAKIN MENSYUKURI NIKMATMU..."



Dengan ESP dan ALFALFA COMPLEX... SAYA IBU YANG HEBAT!

BERIKUT HARGA YANG BOLEH DILIHAT...

Alfalfa Complex (S)
RM53.75
330 tabs

Alfalfa Complex (L)
700 tabs
RM97.50

 Energizing Soy Protein ESP (Canister)
850g
RM150.00



SILA 'LIKE' FB

 DAN BOLEH MEMBUAT BELIAN DI SANA UNTUK MENDAPATKAN  
SPECIAL PRICE

TERIMA KASIH...SELAMAT MENCUBA YE...

CUBALAH....CUBA DULU...BARU TAK MENYESAL...DAH RAMAI YANG CUBA...SEMUA KATA AIR SUSU MEREKA SEMAKAN BERTAMBAH...CUBA YE!!!




GAMBAR TERBARU 
SUSU UNTUK ANAK SAYA!


5 comments:

Noorul0206 said...

kak..bestnye dah 4 ank akak....tahniah

Rashidah Ahmad said...

MEKASIH NURUL..Nanti ade rezeki untuk awak pula...sabar ye..

nawal said...

betul tu..saya dah cuba trial pack..alhmdulillah,hasil menigkat dan susu pekat bebanding sblum try shaklee

nawal said...

betul tu..dah cuba trial milk booster..alhmdulillah,susu bertmbah..n pekat bebnding sblum cuba shaklee..

Rashidah Ahmad said...

SAYA SUKA SHAKLEE.


Dalam hidup yang aman dan damai...

Mengapa perlu berlumba mencari harta dunia..bukankah semua itu sudah ditentukan Allah..jalanilah kehidupan dengan penuh kesyukuran..Alhamdulillah.