9.14.2012

DETIK-DETIK BERPANTANG


Untuk saya, sebagai isteri, ibu dan seorang yang ade kerjaya sendiri...perlu menjaga kesihatan saya sendiri. Kenapa? Sebab saya terlalu menghargai diri saya sendiri.

Melahirkan bukanlah satu proses yang mudah, dan memerlukan perawatan yang lengkap. namun begitu, saya terpaksa melaluinya sendiri. Tapi saya telah melaluinya ketika melahirkan Qaisara...dan saya berjaya. Mungkin inilah saat berpantang yang terakhir untuk saya. Melahirkan 4 cahayamata, amat melelahkan saya dengan usia 32 tahun.  Mungkin kerana wanita zaman sekarang yang berkerjaya mudah penat. Jangan bandingkan kudrat kita dengan kudrat orang lain. Sedangkan jari kita juga tidak sama panjang dan saiznya.

Oklah...boring lah sedih sedih nih...walla!!

Dik noon..akak kalau berpantang, akak bedal jew apa yang xgatal dan xmenggatal! Haha...minyak pun akak makan gak, rebus akak makan gak, air akak bedal gak, steam bedal gak, bakar poon bedal gak!! Makan je laaa... tapiiiiii ade step dia. Bukan main taram jew!

MINGGU PERTAMA

Minggu ni sangat getir. Baru lepas bersalin, penat, kurang darah...anak lagi..jaundis kalau ade...haha..kau kuat? Aku kuat!

Menu Minuman
-minum air masak suam lebih
-minum susu
-minum madu
-minum halia madu
-minum jus
Semua ni mesti minum semasa hangat-hangat. Biar badan sentiasa hangat. Kalau sejuk, tu tanda tak sihat dan nak BENTAN! Bahaya dik noon!

Kesannya:
-selalu buang air kecil untuk buang lebihan air dalam bada
-tak sembelit
-sentiasa berpeluh untuk bakar lemak dan buang toksin
-muka dan badan agak sembab sebab kandungan air dalam badan banyak, tak pe...asal tak sembelit. Nanti ade step untuk kurangkan minum air.

Menu Makan

Karbohidrat
-nasi panas
-mi hoon
-spageti
-makaroni

Protein
-Ayam
-Ikan
-Ikan bilis

Ulam
-pegaga
-cekur manis
-daun kunyit yang muda

Buah
-Oren

Saya memang akan makan bergoreng seminggu saja...lauk tidak terlalu berat. Biasanya ikan bilis goreng dan ayam goreng menjadi hidangan utama. Ikan....untuk minggu pertama cuma sekali atau dua sahaja. Sebab saya tidak boleh telan...hanyir sikit!

Apa yang saya takut adelah...SEMBELIT!!!! Arrggh!!

Saya tidak fikir kecantikan waktu ini, apa yang saya pentingkan adelah luka saya terjaga, anak saya bebas jaundis. Bila sembelit...luka akan jadi parah...errr..seriau akak dik noon!

Waktu ini saya mula perah susu untuk beri pada baby.  Tujuannya agar Cik B saya tak bengkak dan baby akan dapat minum susu lagi banyak. Baby akan tertidur sementara menunggu susu mengalir. Kalau ade jaundis, baby kene minum banyak susu. Jadi inilah saja caranya sebab baby jaundis ni kuat tido kerana dia demam dan lemah sebenarnya. Jadi dalam minggu ni..tak ade istilah KECANTIKAN!!!

Minggu pertama, saya memerlukan banyak tenaga. Jadi saya akanmakan dengan banyak dalam minggu ini. Minum air bergelas-gelas. Biskut boleh habis satu tin. Roti lagi. Malam-malam mesti bangun minum susu panas2. Air masak hangat2 memang selalu minum untuk melawaskan buang air besar, buang air kecil, menghangatkan badan, memperbanyakkan air susu yang baru mula keluar.

Minggu pertama sangat perlu berbaring ikut selesa badan anda. Setelah otot berkerja keras, melahirkan insan suci, berilah hak untuk berehat kepada orang berpantang ini. Sebenarnya, saat ini saya rasakan amat bersyukur memiliki suami yang sangat penyabar dan penyayang. Yea..suami2 di luar sana!!!!! Kasihanilah isteri anda, cuba anda tanya diri sendiri, sejauh mana aku sayang pada isteri aku? Selalu ke isteri aku sakit? Waktu inilah sang suami menjadi pendukung dan tulang belakang sang isteri yang sangat lemah.

BERTUNGKU- Sangat penting dibahagian ari-ari, bagi tujuan peredaran darah nifas keluar dengan lancar. Seiranya darah nifas tidak keluar dengan lancar, peranakan atau rahim akan lambat mengecut dan kembali ke tempat asal. Mungkin juga perut akan menjadi senak kerana darahnya menjadi beku. Alhamdulillah, saya dapat merasakan darah mati itu keluar dengan baik.


MINGGU KEDUA

Minggu ke dua saya sudah beransur pulih. Sudah berurut di minggu pertama. Minggu kedua saya berehat dari berurut.

Menu Minum
-Milo
-Susu
-Jus
-Susu kambing hi-goat
-Horlicks
-Air masak yang masih kesam, lagi panas dari suam.

Kesan: Masa ni dah start mengepam susu. Baby pun dah kerap menyusu. Jadi air perlu lebih agar badan tak hidrat. So....minum jelaa..ape nak takut buncit..kan airnye keluar semula..jadi peluh..jadi susu..jadi urin..bukan airnya tersimpan dalam perut. Cumanya perlu minum sedikit-sedikit dan berselang 2 jam sekali. Bukan minum air sebaldi pun. Gunalah sukatan atau cawan yang sama setiap kali minum. so xdelah terlebih minum. Baby kan menyusu 2 jam sekali..selepas baby minum tu susu, saya akan mula minum air panas2. Biasanya saya ambil horlicks atau milo tanpa gula.

Menu Makanan

Still same mcm minggu pertama, cuma masa ni nasi dah dikurangkan sesudu!!! Perlahan-perlahan kurangkan karbohidrat. Lebihkan makan sayur dan ulam-ulaman. Cekur manis yang paling saya suka. Kebetulan mak mertua saya tanam cekur manis tu dalam pasu..hahaha ape lagi kau...aku jadi kambing meragut cekur manis!!! Bagus cekur manis ni, menghilangkan angin dalam badan...memperbanyakkan susu ibu..menghilangkan bau darah yang tidak sedap dirongga hidung yang tak berapa nak mancung ni.

Buah: Anggur, Oren dan Epal Merah sahaja.

PANTANG SELAMA 2 MINGGU
-Kalau perasan, dalam 2 minggu ni saya tak sebut pun pasal gula pemanis air. Sepanjang saya berpantang, madu menjadi pengganti gula. Minggu ke 3 baru saya start ambil gula setengah sudu teh. Sebenarnya tak payah ambil gula pun xpe..milo, susu, horlicks tu semua dah manis. manis tu yang boleh jadi bambam juga tau!!!

MINGGU KETIGA

Masa ni, saya mula start catu air dan susun jadual makan. Minum air dalam masa 2 jam atau 3 jam sekali. Minum tidak lebih dari 250ml untuk sekali minum. Masih meneruskan minum air masak kesam.

Pagi ---> 5.00pg- Biskut 5 keping + milo panas + air masak kesam + milo panas

Minum pagi ----> 10.30pg - Karbohidrat + sayur + protein + yogut

Makan tengahari----> 12.30tgh - Nasi 2 senduk + sayur + protein

No comments:


Dalam hidup yang aman dan damai...

Mengapa perlu berlumba mencari harta dunia..bukankah semua itu sudah ditentukan Allah..jalanilah kehidupan dengan penuh kesyukuran..Alhamdulillah.