12.01.2012

TEMPAT UMUM UNTUK MENYUSUKAN ANAK...TIADA MASALAH

NURSING IN PUBLIC
menyusukan bayi anda di kawasan awam

Assalamualaikum para pembaca sekelian.

Malam ini saya nak cerita sedikit tentang penyusuan di kawasan awam. KENAPA TETIBA NAK CITER PASAL NI PLAK EK? Sebab....tadi, Sabtu..1.12.2012..saya pergi ke Jabatan Pendaftaran, Negeri Melaka. Saya tukar kad pengenalan saya yang dah 10 tahun berkhidmat..kepada kad pengenalan baru bila chip sudah rosak...dan gambar sudah blur. Semalam nak keluarkan duit ASB tak boleh...huuu sadissss..kenelah tukar kad pengenalan baru..tu lerr ada masa lapang xmo pergi..dah terdesak..nak kuar duit..da xleh guna kad pengenalannya..menganga sajalah saya di depan pejabat pos yang merah menyala tu..ermmm...anda dah tukar belum? Boleh buat hari Sabtu dan Ahad..separuh hari saja pejabat tu buka..tak ada orang ramai sangat. Kad pengenalan boleh siap dalam masa satu hari sahaja..RM10.00 dikenekan untuk bayaran penukaran kad pengenalan baru. Cuba tengok gambar kad pengenalan saya ni...




ermmm kesian kan..dan yang baru..



ermm cantiks!

Ok..berbalik kepada penyusuan di tempat awam ni saya nak cerita sikit. Tadi saya tak bawa pashmina yang selalu saya bawa untuk cover badan sewaktu menyusukan Wafiy..ada tips saya nak bagikan iaitu:

TIPS MENYUSU ANAK DI TEMPAT UMUM

1. Buangkan rasa malu

-kalau dah rasa malu..macam mana nak menyusukan anak kan...tapi jangan tak tahu malu pulak kan..tu dah tak tahu nak malu betul tu kalau selak terang-terangan kan...saya suruh buang perasaan malu sebab...ada orang rasa xstandart la kan susu ibu..SIAPA CAKAP SUSU IBU TAK STANDART!!! Cuba cari dekat pasar raya terkemuka di Malaysia..KLCC..PARKSON..GIANT..mana ada jual!!! Ekslusif hanya pada wanita bergelar ibu sahaja...mana ada pada mereka yang bernama LELAKI..atau mereka yang tidak melahirkan...kecuali dengan izin Allah. Itu maksudnya...susu ibu sangat berharga..tak ada jual sepah-sepah..hak cipta terpelihara ibu itu sendiri!! Jadi...banggalah menyusukan anak di tempat umum kerana anda sudah memberikan satu ilmu..kesedaran..dan sekaligus menjadi role model terbaik pada mereka yang memandang...kan!


Di mana sahaja..asalkan selamat..dan kau kenyang anakku.
Di hadapan bilik persalinan Jabatan Pendaftan Negeri Melaka.


2. Beli pashmina yang agak sesuai dengan semua warna baju...kelabu..hitam..putih..pink

- kalau rasa cover untuk nursing atau poncho tu mahal..beli saja pashmina..RM10.00 dah dapat. untuk cover badan baby dan dada anda.
-jahitkan pelekat volkano di bahagian bahu pashmina. ukurlah di badan anda sendiri..ikut kesesuaian dan keselesaan...ukur masa anda pegang baby lah ye..sebab nanti dapat ukuran yang sebenar bila menyusukan baby.

Inilah pashmina saya yang selalu saya bawa berjalan-jalan...ada banyak lagi..tapi ini yang paling saya suka sekali.




3. Pakai pakaian yang longgar, berbutang, nursing wear

-Allah dah suruh pakai pakaian longgar..tudung melepasi dada..inilah tujuannya...nampak tak..ada hikmahkan semua apa yang Allah dah aturkan..Islam tu cantik..Islam tu sudah tahu segala keperluan manusia..hanya mereka yang kembali kepada fitrah sahaja yang betul-betul MODEN..URBAN..BERTAMADUN . 

       ''Kembalilah kepada fitrah...Islam itu sangat indah"

Yang benar:
Rashidah Ahmad
Admin 
Taswa Online Biz
Villa Cinta...Villa Kasih Sayang


Dalam hidup yang aman dan damai...

Mengapa perlu berlumba mencari harta dunia..bukankah semua itu sudah ditentukan Allah..jalanilah kehidupan dengan penuh kesyukuran..Alhamdulillah.