3 HIDANGAN UTAMA MENJADIKAN BADAN KEKAL SIHAT DAN RISIKO BERAT BADAN BERTAMBAH ADALAH MUSTAHIL!
Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan utama sehari dan rancang menu anda terlebih dahulu. Samada anda makan di rumah, pejabat atau di luar seperti restoran, hotel dan gerai-gerai, pastikan anda rancang terlebih dahulu! Biasakan diri dengan amalan makan 3 hidangan utama padawaktu yang teratur, dengan amalan ini anda mengelakkan diri anda makan lebih banyak pada satu masa. Sebagai contoh, jika anda skip makan tengahari, anda mungkin menjadi sangat lapar dan makan dengan banyak semasa makan malam. Dengan amalan ini, anda akan menyebabkan tubuh anda menyimpan lebih banyak lemak. Kenapa? Metabolisma kita tinggi di waktu pagi dan semakin menurun di waktu malam, metabolisma adalah reaksi badan untuk membakar tenaga. Badan akan bertindak menukarkan tenaga kepada bentuk lemak jika kita membiarkan badan kita lapar dalam selang masa yang lama. Jadi, aturkan waktu makan sebaik mungkin, makan lebih banyak waktu pagi dan kurangkan pada waktu malam.
TIPS SARAPAN SIHAT DI SINI YE!
Seterusnya, seimbangkan makanan dalam pinggan anda dengan pelbagai jenis makanan. Separuh pinggan perlu diisi dengan sayur-sayuran, satu perempat dengan daging, ayam atau ikan dan satu perempat lagi dengan bijirin seperti nasi, pasta dan sebagainya. Secara kasar, begitulah porsi makanan utama kita. Selain itu, anda boleh minum segelas susu rendah lemak atau tanpa lemak dan sehidangan buah untuk pencuci mulut. Seimbang bukan?
Cuba ubah saiz pinggan anda, dari saiz yang besar kepada yang lebih kecil. Langkah ini memberi kesan ilusi yang kita sudah mengambil makanan yang banyak dan ini membantu kita untuk berpuas hati meskipun porsi makanan dikurangkan.
Fokus pada makanan anda! Pilih tempat makan yang bersesuaian dan seboleh-bolehnya makan di rumah. Jika kita menjamu selera sambil menonton televisyen, atau mungkin sambil melayari internet, anda mungkin akan makan lebih dari yang anda fikirkan. Anda mungkin mahu memastikan kebenaran tip ini, cuba bandingkan di rumah anda, ambil bertih jagung rasakan perbezaan jika anda makan sambil tengok televisyen dengan makan di meja makan.Selamat mencuba!
Berhenti sebelum kenyang! Otak kita mengambil masa 20 minit untuk mendapat mesej bahawa badan kita sudah memperolehi makanan. Apabila mesej sudah sampaike otak, badan kita akan berhenti dari merasa lapar. Jadi, untuk individu yang makan dengan laju atau bahasa lain gelojoh, tolong kurangkan kelajuan anda, beri otak anda peluang untuk membaca mesej tersebut. Cara lain ialah, kunyah dengan perlahan atau jika mengikut sunnah Rasulullah, kunyah 40 kali. Rasionalnya, gerakan mengunyah yang banyak akan memberi mesej kepada otak yang kita sudah makan banyak.
Makan makanan berkalori rendah dahulu seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan salad. Kenapa? kerana makanan di atas berkalori rendah, berserat tinggi, serat mampu memberikan rasa kenyang. Sesudah itu, baru makan makanan utama seperti nasi dan lauk. Anda mungkin boleh cuba meminum segelas air terlebih dahulu supaya dapat mengurangkan rasa lapar.
Tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Serat bukan sahaja membuatkan anda rasa kenyang lebih lama, tetapi juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.
Pilih snek sihat. Maksud snek disini bukanlah snek makanan ringan, tetapi snek ialah makanan sampingan selain dari waktu makan utama. Pilih snek berdasarkan kalori dan nutrien yang dibekalkan. Masukkan snek sebagai sebahagian dari perancangan diet dan hadkan pada satu hidangan. Pentingnya snek adalah untuk mengelakkan rasa lapar di antara waktu makan utama. Simpan snek sihat di meja pejabat, beg galas atau kereta.
Sama ada anda sedang:
Menyusukan bayi
Mengandung
Berpenyakit
Pemakan
Itu semua bukan penyebab anda kurus atau gemuk..tapi tabiat pemakanan dan gaya hidup anda yang menentukan kesihatan dan komposisi berat badan anda!
JANGAN BERLAPAR...JANGAN SKIP MAKAN HIDANGAN UTAMA...RISIKO ANDA LEBIH GEMUK DAN DEBAB MENINGKAT DENGAN MENINGGALKAN 3 HIDANGAN UTAMA ANDA!
SUMBER BACAAN DARI http://tanyadietitian.blogspot.com/2011/09/jom-diet-tip-pemakanan-sihat.html
No comments:
Post a Comment